Skip to main content

Posts

Bunian- I

"Setelah pantang dilanggar, Apa yang terhijab telah terzahir, Yang misteri telah terungkai, Rahsia kini bukan lagi rahsia, Sengketa lama kembali bertaut, Maka pilihan mana yang akan kau pilih" --------------------------------------------------------------------------- Kampung Anduka “Mika! Tunggu aku! Sudahlah tu, aku dah penat ni kejar kau” “Alah, kau ni Riat. Baru jalan sikit macam tu dah penat.” galak sungguh Mika ketawakan Riat sahabatnya iu. Kasihan melihat Riat seperti itu, lalu Mika akhirnya berhenti juga. Berteduh di bawah satu pohon yang rendang. Termengah-mengah Riat berjalan menuju ke pohon itu. Mika dan Riat sememangnya bersahabat sejak mereka kecil lagi. Rumah mereka juga tidak berjauhan. Hanya Riat yang sudi berkawan dengan Mika. Lagi-lagi sejak lima tahun lepas. Setelah satu peristiwa menimpa keluarga Mika. Mika sering menjadi bahan ejekan rakan sebayanya. Riat pula tidak mengambil endah atas khabar angin yang terse
Jangan terpedaya dengan muda, sebab mati tak syarat tua.
Jangan terpedaya dengan sihat, sebab mati tak syarat sakit.
Recent posts

Senja Semalam

Dia duduk bersandar di tepi susunan batu bata yang sekian lama terbiar itu. Terlalu banyak waktu yang telah dia habiskan di situ. Dan sepanjang waktu itu jugalah dia tidak mengambil pusing tentang orang sekelilingnya. Saat ini matahari kian condong di ufuk barat. Ada sedikit hiba terpamer di raut wajahnya. Dia melihat langit yang berubah warna, sambil melepaskan sebuah keluhan. Topi hitamnya itu dibuka sebentar. Dikeluarkannya sebuah sketch book dan pencil kayu.          “Cepatnya masa berlalu. K alau lah aku burung, tentu aku tak susah nak cari tempat yang tenang, yang jauh dari keriuhan manusia-manusia , yang jauh dari hingar-bingar jentera di kota. ”   Nafasnya di hembus. Kali ini kedengaran lebih berat.          “Jade, kalau lah kau ada lagi saat ini... Jade... Andainya kau ada di sini.....” Seakan tersekat barisan ayat yang ingin dia keluarkan. Pandangannya terhadap sketch book itu juga turut kabur dek linangan yang terbit di tubir mata. Bukan dipinta.

Sahabatku Sang Ratu

Kawan? Sahabat? Entah. Aku tidak punya ramai sahabat. Hitungan jari jemari aku lebih banyak jika dibandingkan dengan jumlah sahabat yang aku ada. Hakikatnya semakin diri menginjak usia, semakin sedikit sahabat yang kita ada. Dalam yang sedikit itulah, ada keistimewaannya. Ada seorang kawan aku tu, aku panggil dia Sang Ratu. *Obviously aku ni peminat watak-watak dalam kisah Laksamana Sunan. Haha. Kawan aku tu bukanlah sejahat Sang Ratu ketika dia dibawah kekuasaan Maharani. Tak ada lah pula kerja dia dok sibuk mai satu perkampungan untuk membunuh. Apatah lagi memperbesarkan Tahjud. Kawan aku tu juga bukanlah seoarang srikandi menentang segala bagai kejahatan dunia kegelapan seperti selepas Sang Ratu kembali kepada fitrah. Jadi, kenapa aku bagi dia nickname ‘Sang Ratu’? Dan kenapa tiba-tiba aku nak menulis tentang dia? Sebab aku baru lepas mimpikan dia semalam. Rindu kot. Hahaha... Kisah ni aku ceritakan semula setelah lima tahun berlalu. Fuhhh... tak terasa macam tu punya l

CINTA DENGAN MENGENALI AKHLAK RASULULLAH ﷺ

١ . Baginda selalu diam. ٢ . Berbicara ketika perlu. ٣ . Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat . ٤ . Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. ٥ . Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab   الله swt). ٦ . Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’. ٧ . Berfikir terus-menerus. ٨ . Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. ٩ . Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya. ١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia. ١١ . Marah bukan kerana nafsu. ١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. ١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. ١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. ١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas. ١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar. ١٧ . Tidak pernah

Azam Baru, Demi Sebuah Hijrah

Langkahnya kini kian longlai. Mungkin rebah pada langkahnya yang lain. Kaki langit pula merangkak menutup tirai.  Serakkan warna alam hanya kelihatan jingga dan semakin kelam. Unggas juga kerihuan pulang ke sarang. Pasti saja saat ini manusia yang lain sedang bersesak di kota mengharungi waktu puncak seperti ini. Dia mula mencari teduhan untuk berehat sebentar barangkali sebelum terus pulang ke rumah. Fizikalnya muda remaja, tetapi jiwanya tidak ubah seperti nenek tua yang telah bongkok. Seakan juga pepohonan yang telah tumbang mereput menunggu masa bertukar debu. “Syah, sampai bila kau nak hidup macam ni? Terumbang-ambing tiada hala tuju. Tiadakah terdetik walau sekali untuk kau berubah? Tidak penatkan kau dengan segala noda yang telah kau perlakukan sekian lama?”.  Hatinya bermonolog keseorangan. Entahlah. Bukan tidak mahu berubah haluan, tetapi dia tidak tahu hendak bermula dari mana. Sekian lama dia hidup, dia lebih memenuhi tuntutan hatinya yang terlalu banyak tergeli

Pelancongan Koperasi SMK Pekan Baru Muar

Singkatannya PKS. Pada aku, PKS ni sangat memberi manfaat dan pengalaman yang banyak pada murid. Satu platform yang sangat sempurna untuk sesiapa yang ingin menunjukkan kebolehan mahupun mencari keyakinan diri. Mesti ada yang tertanya, apa benda PKS ni. PKS ni sebenarnya satu kelab yang mana murid akan menjalankan beberapa pakej pelancongan, dan program ni ada jalinan bersama Angkasa. Boleh dikatakan hampir 90% adalah hasil kerja murid tu sendiri disamping bantuan oleh guru-guru kelab tersebut. Niat asal menulis tentang kelab ini adalah kerana aku salah seorang murid yang terlibat dengan kelab ini di SMK Pekan Baru Muar dari tahun 2013-2014. Dan perkara yang buat ia menarik sebab aku adalah antara batch pertama saat penubuhan kelab ini. Ya, PKS di SMK Pekan Baru Muar ditubuhkan pada tahun 2013. Masa tu aku tingkatan 6 rendah. Aku dan PKS kat sekolah ni sebenarnya ada kenangan secara peribadi. Hanya tingkatan enam sahaja aku di SMK Pekan Baru Muar ni. Dan masa aku daftar kat se

Aku Tak Bodoh

Mungkin filem yang ditayangkan pada tahun 2010 ni dah terlalu lama jika baru sekarang aku hendak mengulas nilai-nilainya. Tapi, ada aku kesah? Haha. Jadi, aku akan tetap teruskan dengan ulasan yang aku nak buat ni. Sebelum itu, pada sesiapa yang belum pernah tonton lagi filem ni, sangatlah rugi. Genre filem ni memang komedi, tapi penerapan nilai-nilai dalam keluarga, masyarakat dan individu sangat banyak. Pada aku, siapa yang bergelar seorang pelajar, seorang pengajar, seorang anak mahupun seorang ibubapa, anda seharusnya menonton filem ni dengan hati yang terbuka dan sedia menerima segala kritikan yang disampaikan oleh pengarah melalui filem ni sama ada secara tersurat ataupun tersirat. Tapi aku nak ulas tentang nilai kasih sayang je dulu. Nilai kasih sayang. Percaya cakap aku, kasih sayang tu tak cukup sekadar kau kata sayang pada dia, tapi tiada bukti. Tapi sikap setiap orang ni berbeza. Ada yang memang sayang, tapi tak tahu nak tunjuk. Contoh dalam filem ni, Jaafar