Langkahnya kini kian
longlai. Mungkin rebah pada langkahnya yang lain. Kaki langit pula
merangkak menutup tirai. Serakkan warna
alam hanya kelihatan jingga dan semakin kelam. Unggas juga kerihuan pulang ke
sarang. Pasti saja saat ini manusia yang lain sedang bersesak di kota mengharungi
waktu puncak seperti ini. Dia mula mencari teduhan untuk berehat sebentar
barangkali sebelum terus pulang ke rumah.
Fizikalnya muda remaja, tetapi jiwanya tidak ubah seperti nenek tua yang
telah bongkok. Seakan juga pepohonan yang telah tumbang mereput menunggu masa
bertukar debu.
“Syah, sampai bila kau nak hidup macam ni? Terumbang-ambing tiada hala
tuju. Tiadakah terdetik walau sekali untuk kau berubah? Tidak penatkan kau
dengan segala noda yang telah kau perlakukan sekian lama?”. Hatinya bermonolog keseorangan.
Entahlah. Bukan tidak mahu berubah haluan, tetapi dia tidak tahu hendak
bermula dari mana. Sekian lama dia hidup, dia lebih memenuhi tuntutan hatinya
yang terlalu banyak tergelincir dari jalan yang benar. Bukan dia tidak pernah
cuba berubah, tapi tiap kali itu juga dia lelah dan rebah bila diuji dengan
masyarakat sekeliling. Mungkin dia lupa, kerana syurga itu bukanlah percuma,
maka dugaan itu seharusnya setimpal dengan ganjaran yang bakal dia perolehi.
“Ah! Aku tak peduli. Aku tak faham. Aku buat baik orang masih hina aku. Aku
buat benda baik kot. Pun masih orang nak dengki. Kenapa ha? Ingat senang ke
berperang dengan diri sendiri? Kau orang mana faham. Sebab kau tak duduk kat
tempat aku. Aku cuma minta satu perkara je. Kalau aku buat baik jangan diperli,
jangan dimaki dan jangan diungkit khilaf aku yang lalu. Susah sangat ke nak
tutup mulut tu dari menyakitkan hati orang lain?” . Bicaranya kini jelas
bercampur amarah yang kian lama di pendam.
Kerana itulah Nabi Muhammad adalah teladan terbaik untuk kita contohi. Apa
pula khilaf nabi pada masa lampau yang menyebabkan masyarakat quraisy melayan
nabi dengan teruk sekali sedangkan saat itu nabi membawa ajaran yang benar. Tetapi,
nabi tetap sabar. Seharusnya juga kita begitu. Kesabaran itu adalah bagaimana
kita sabar dalam mencari penyelesaian pada setiap permasalahan yang ada. Jika
ada seseorang yang menghinamu, bersabarlah, kasihanilah dia kerana dia tidak
tahu bagaimana cara memuji.
Sesungguhnya namanya sabar adalah ketika di
awal musibah (HR. Bukhari).
Masyarakat? Ya , kita saling memerlukan. Tetapi apa guna hidup
bermasyarakat jika saling membenci dan saling menghina? Tiada maruahkan kita? Diam
itu lebih baik. Setiap perkataan yang dilemparkan itu ibarat bilahan pedang
yang sangat berbisa jika terguris dihati si pendengar. Jelas sekali, semangat
ukhuwah kita semakin terlerai. Muhasabahlah. Kerana ummah semakin lemah.
Pada insan yang sedang bangkit dari rebah, bertabahlah dengan segala
ujian-Nya. Sesungguhnya ganjaran yang bakal di perolehi kamu sangatlah hebat.
Semoga kamu berada didalam redha Allah. Percayalah setiap derapan kaki mu itu
ada kebaikan. Jika kau rebah kembali jangan sekali kau lelah untuk bangkit
semula. Barang siapa yang bersungguh-sungguh berjalan pada jalannya maka pasti
ia akan sampai pada tujuannya.
betul. kadang2 mulut org tu yg buat org xjdi berubah. dan akhirnya org tu kekal buat silap.
ReplyDelete