Skip to main content
Jangan terpedaya dengan muda, sebab mati tak syarat tua.
Jangan terpedaya dengan sihat, sebab mati tak syarat sakit.

Aku Tak Bodoh

Mungkin filem yang ditayangkan pada tahun 2010 ni dah terlalu lama jika baru sekarang aku hendak mengulas nilai-nilainya. Tapi, ada aku kesah? Haha. Jadi, aku akan tetap teruskan dengan ulasan yang aku nak buat ni. Sebelum itu, pada sesiapa yang belum pernah tonton lagi filem ni, sangatlah rugi.

Genre filem ni memang komedi, tapi penerapan nilai-nilai dalam keluarga, masyarakat dan individu sangat banyak. Pada aku, siapa yang bergelar seorang pelajar, seorang pengajar, seorang anak mahupun seorang ibubapa, anda seharusnya menonton filem ni dengan hati yang terbuka dan sedia menerima segala kritikan yang disampaikan oleh pengarah melalui filem ni sama ada secara tersurat ataupun tersirat. Tapi aku nak ulas tentang nilai kasih sayang je dulu.

Nilai kasih sayang.

Percaya cakap aku, kasih sayang tu tak cukup sekadar kau kata sayang pada dia, tapi tiada bukti. Tapi sikap setiap orang ni berbeza. Ada yang memang sayang, tapi tak tahu nak tunjuk.
Contoh dalam filem ni, Jaafar (Namron)  sikapnya memang tegas dan kadang-kadang panas baran. Cara dia mungkin agak kasar bila dia halang minat Sudin (Aeril Zafrel) dalam ilmu pertahanan diri. Pada Jaafar, ilmu macam tu hanya digunakan untuk bergaduh. Pemikiran Jaafar tertutup untuk menilai dari sedi sudut positif dek masa silamnya. Dia sangat menyayangi Sudin kerana itu lah seorang anak yang dia ada. Tapi dia tak pandai untuk meluahkan rasa sayang tu. Ada satu babak dimana Jaafar rasa dia perlu untuk bagi tahu Sudin yang dia sayangkan anaknya.

Ketika makan malam, Jaafar dengan tidak semena-mena menyatakan “ I love you” pada Sudin. Lalu terlepaslah mangkuk nasi yang dia pegang.

Ya, mungkin korang akan ketawa pada babak ni. Tapi aku menangis. Terlalu halus cara penyampaian pengarah dalam babak ni. Kemudian Jaafar beri satu beg baru pada Sudin. Beg yang memang layaknya dipakai oleh budak tadika tapi diberi pada Sudin yang sudah Menengah. Anda rasa? Sudin menolak . “Apa ni? Taknak lah. Sudin dah besarlah. Tak kan nak pakai beg camni?”. Jaafar tunduk diam.

Jaafar cuma mampu belikan beg tu je dengan niat Sudin faham apa yang dia nak sampaikan. Kau rasa apa yang Jaafar rasa saat Sudin cakap macam tu? Sedih. Terkilan. Bila keikhlasan dibalas dengan kata-kata macam tu, memang pedih.

Dekat sini, aku nak pesan pada mereka yang bergelar anak, walau apa pun yang orang tua kau bagi, kau terimalah dengan berlapang dada. Sebab mahalnya keikhlasan tu tak boleh diukur jika nak bandingkan dengan harga benda yang dia bagi. Bak kata Kak Jah (Adibah Nor) “ Bukan mahal ke tak yang jadi ukuran, tapi keikhlasan kita ni yang penting. Sekurangnya kita tunjuk juga kat dia yang kita ni menghargai dia.”

Contoh lain yang aku nak bagi ni, lebih kepada keruntuhan nilai kasih sayang dalam keluarga, dan kesan-kesannya. Hisham (Riezman Khuzairi) dan Aishah (Amy Mastura) sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing, sampaikan tiada masa untuk dengar masalah anak-anak. Kesannya, anak-anak tak hormat mereka. Jefri (Ijat) nak bertanya satu soalan pun siap kena buat memo lekatkan pada peti ais. Roy (Aizat Hassan) pula, lebih banyak berdiam diri dan malas nak ambil kesah dengan ibu ayah dia. Macam mana anak tu nak rasa yang ibu bapa mereka ni pilihan utama untuk mereka berkongsi rasa. Maka, anak akan memilih kawan sebagai pilihan utama dan tidak mustahil kawan itu dianggap lebih berharga dari ibubapa. Sebab susah senang mereka kawan yang paling banyak membantu dan sentiasa ada di sisi. Bila ibubapa dah tak beri perhatian pada anak, itu yang menyebabkan anak-anak terdedah kepada gejala tak sihat kat luar.

Persamaan antara Sudin dan Roy ni, mereka bersungguh dengan minat mereka. Sudin minat dalam seni mempertahankan diri, Roy pula minat dalam bloging. Masinf-masing ada kelebihan dalam bidang mereka. Tapi, ibu bapa mereka tak pernah nak sokong dan bagi galakkan. Pada aku, itu antara kesilapan besar yang Jaafar, Hisham dan Aishah buat. Segala benda ada buruk baiknya. Kita yang tentukan untuk pilih jalan yang mana. Ibu bapa seharusnya sokong sambil didik mereka. Jika salah tegur, bukan main sembarang je nak marah tanpa tahu duduk perkara yang sebenar.

"Dari anggur jadi arak, dari anggur juga jadi kismis."
"It's not how you were born, it's how you were raised."


Fikirkanlah.




Comments

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif : arena-domino.net
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CINTA DENGAN MENGENALI AKHLAK RASULULLAH ﷺ

١ . Baginda selalu diam. ٢ . Berbicara ketika perlu. ٣ . Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat . ٤ . Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. ٥ . Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab   الله swt). ٦ . Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’. ٧ . Berfikir terus-menerus. ٨ . Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. ٩ . Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya. ١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia. ١١ . Marah bukan kerana nafsu. ١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. ١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. ١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. ١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas. ١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar. ١٧ . Tidak pernah

Sahabatku Sang Ratu

Kawan? Sahabat? Entah. Aku tidak punya ramai sahabat. Hitungan jari jemari aku lebih banyak jika dibandingkan dengan jumlah sahabat yang aku ada. Hakikatnya semakin diri menginjak usia, semakin sedikit sahabat yang kita ada. Dalam yang sedikit itulah, ada keistimewaannya. Ada seorang kawan aku tu, aku panggil dia Sang Ratu. *Obviously aku ni peminat watak-watak dalam kisah Laksamana Sunan. Haha. Kawan aku tu bukanlah sejahat Sang Ratu ketika dia dibawah kekuasaan Maharani. Tak ada lah pula kerja dia dok sibuk mai satu perkampungan untuk membunuh. Apatah lagi memperbesarkan Tahjud. Kawan aku tu juga bukanlah seoarang srikandi menentang segala bagai kejahatan dunia kegelapan seperti selepas Sang Ratu kembali kepada fitrah. Jadi, kenapa aku bagi dia nickname ‘Sang Ratu’? Dan kenapa tiba-tiba aku nak menulis tentang dia? Sebab aku baru lepas mimpikan dia semalam. Rindu kot. Hahaha... Kisah ni aku ceritakan semula setelah lima tahun berlalu. Fuhhh... tak terasa macam tu punya l

Janji Yang Tak Tertunai

Aku pernah janj, "Atok, nanti kalau yan ada kereta, yan nak bawa Atok jalan-jalan. Bawa Atok makan sedap-sedap." Memandangkan masa tu aku masih sekolah lagi. Janji tu aku simpan dulu. Sampailah aku habis tingkatan 6 tahun 2014.  *Atok aku memang panggil aku Yan. 2015 berlalu tanpa terasa. Waktu ni aku dah kerja sambil tunggu panggilan. Bila dapat tawaran drpd UPSI. Aku dah suka macam apa dah. Siap aku dah bajet, habis belajar lagi 5 tahun . Kalau dapat kerja terus dah boleh riki kereta ni. Haha. Tak matang sungguh masa tu. Akal tak jauh. Zaman la ni ingat senang ke habis je grade terus dapat kerja. Tapi bukan rezeki, aku tak lepas masa ujian medSi. So aku teruskan dengan kerja aku yang sedia ada. Masa tu aku kerja kilang je. Aku ada intervw untuk kerja pelatih pegawai amanah lepas tu. Aku dah siap pergi induksi lagi masa tu kat Taiping, Perak. Tinggal lapor diri seminggu lepas tu kat Seremban, tapi aku tolak. Sebab pada aku kerja tu risiko dia tinggi seb

Azam Baru, Demi Sebuah Hijrah

Langkahnya kini kian longlai. Mungkin rebah pada langkahnya yang lain. Kaki langit pula merangkak menutup tirai.  Serakkan warna alam hanya kelihatan jingga dan semakin kelam. Unggas juga kerihuan pulang ke sarang. Pasti saja saat ini manusia yang lain sedang bersesak di kota mengharungi waktu puncak seperti ini. Dia mula mencari teduhan untuk berehat sebentar barangkali sebelum terus pulang ke rumah. Fizikalnya muda remaja, tetapi jiwanya tidak ubah seperti nenek tua yang telah bongkok. Seakan juga pepohonan yang telah tumbang mereput menunggu masa bertukar debu. “Syah, sampai bila kau nak hidup macam ni? Terumbang-ambing tiada hala tuju. Tiadakah terdetik walau sekali untuk kau berubah? Tidak penatkan kau dengan segala noda yang telah kau perlakukan sekian lama?”.  Hatinya bermonolog keseorangan. Entahlah. Bukan tidak mahu berubah haluan, tetapi dia tidak tahu hendak bermula dari mana. Sekian lama dia hidup, dia lebih memenuhi tuntutan hatinya yang terlalu banyak tergeli

Senja Semalam

Dia duduk bersandar di tepi susunan batu bata yang sekian lama terbiar itu. Terlalu banyak waktu yang telah dia habiskan di situ. Dan sepanjang waktu itu jugalah dia tidak mengambil pusing tentang orang sekelilingnya. Saat ini matahari kian condong di ufuk barat. Ada sedikit hiba terpamer di raut wajahnya. Dia melihat langit yang berubah warna, sambil melepaskan sebuah keluhan. Topi hitamnya itu dibuka sebentar. Dikeluarkannya sebuah sketch book dan pencil kayu.          “Cepatnya masa berlalu. K alau lah aku burung, tentu aku tak susah nak cari tempat yang tenang, yang jauh dari keriuhan manusia-manusia , yang jauh dari hingar-bingar jentera di kota. ”   Nafasnya di hembus. Kali ini kedengaran lebih berat.          “Jade, kalau lah kau ada lagi saat ini... Jade... Andainya kau ada di sini.....” Seakan tersekat barisan ayat yang ingin dia keluarkan. Pandangannya terhadap sketch book itu juga turut kabur dek linangan yang terbit di tubir mata. Bukan dipinta.

Pelancongan Koperasi SMK Pekan Baru Muar

Singkatannya PKS. Pada aku, PKS ni sangat memberi manfaat dan pengalaman yang banyak pada murid. Satu platform yang sangat sempurna untuk sesiapa yang ingin menunjukkan kebolehan mahupun mencari keyakinan diri. Mesti ada yang tertanya, apa benda PKS ni. PKS ni sebenarnya satu kelab yang mana murid akan menjalankan beberapa pakej pelancongan, dan program ni ada jalinan bersama Angkasa. Boleh dikatakan hampir 90% adalah hasil kerja murid tu sendiri disamping bantuan oleh guru-guru kelab tersebut. Niat asal menulis tentang kelab ini adalah kerana aku salah seorang murid yang terlibat dengan kelab ini di SMK Pekan Baru Muar dari tahun 2013-2014. Dan perkara yang buat ia menarik sebab aku adalah antara batch pertama saat penubuhan kelab ini. Ya, PKS di SMK Pekan Baru Muar ditubuhkan pada tahun 2013. Masa tu aku tingkatan 6 rendah. Aku dan PKS kat sekolah ni sebenarnya ada kenangan secara peribadi. Hanya tingkatan enam sahaja aku di SMK Pekan Baru Muar ni. Dan masa aku daftar kat se