Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017
Jangan terpedaya dengan muda, sebab mati tak syarat tua.
Jangan terpedaya dengan sihat, sebab mati tak syarat sakit.

Azam Baru, Demi Sebuah Hijrah

Langkahnya kini kian longlai. Mungkin rebah pada langkahnya yang lain. Kaki langit pula merangkak menutup tirai.  Serakkan warna alam hanya kelihatan jingga dan semakin kelam. Unggas juga kerihuan pulang ke sarang. Pasti saja saat ini manusia yang lain sedang bersesak di kota mengharungi waktu puncak seperti ini. Dia mula mencari teduhan untuk berehat sebentar barangkali sebelum terus pulang ke rumah. Fizikalnya muda remaja, tetapi jiwanya tidak ubah seperti nenek tua yang telah bongkok. Seakan juga pepohonan yang telah tumbang mereput menunggu masa bertukar debu. “Syah, sampai bila kau nak hidup macam ni? Terumbang-ambing tiada hala tuju. Tiadakah terdetik walau sekali untuk kau berubah? Tidak penatkan kau dengan segala noda yang telah kau perlakukan sekian lama?”.  Hatinya bermonolog keseorangan. Entahlah. Bukan tidak mahu berubah haluan, tetapi dia tidak tahu hendak bermula dari mana. Sekian lama dia hidup, dia lebih memenuhi tuntutan hatinya yang terlalu banyak tergeli

Pelancongan Koperasi SMK Pekan Baru Muar

Singkatannya PKS. Pada aku, PKS ni sangat memberi manfaat dan pengalaman yang banyak pada murid. Satu platform yang sangat sempurna untuk sesiapa yang ingin menunjukkan kebolehan mahupun mencari keyakinan diri. Mesti ada yang tertanya, apa benda PKS ni. PKS ni sebenarnya satu kelab yang mana murid akan menjalankan beberapa pakej pelancongan, dan program ni ada jalinan bersama Angkasa. Boleh dikatakan hampir 90% adalah hasil kerja murid tu sendiri disamping bantuan oleh guru-guru kelab tersebut. Niat asal menulis tentang kelab ini adalah kerana aku salah seorang murid yang terlibat dengan kelab ini di SMK Pekan Baru Muar dari tahun 2013-2014. Dan perkara yang buat ia menarik sebab aku adalah antara batch pertama saat penubuhan kelab ini. Ya, PKS di SMK Pekan Baru Muar ditubuhkan pada tahun 2013. Masa tu aku tingkatan 6 rendah. Aku dan PKS kat sekolah ni sebenarnya ada kenangan secara peribadi. Hanya tingkatan enam sahaja aku di SMK Pekan Baru Muar ni. Dan masa aku daftar kat se

Aku Tak Bodoh

Mungkin filem yang ditayangkan pada tahun 2010 ni dah terlalu lama jika baru sekarang aku hendak mengulas nilai-nilainya. Tapi, ada aku kesah? Haha. Jadi, aku akan tetap teruskan dengan ulasan yang aku nak buat ni. Sebelum itu, pada sesiapa yang belum pernah tonton lagi filem ni, sangatlah rugi. Genre filem ni memang komedi, tapi penerapan nilai-nilai dalam keluarga, masyarakat dan individu sangat banyak. Pada aku, siapa yang bergelar seorang pelajar, seorang pengajar, seorang anak mahupun seorang ibubapa, anda seharusnya menonton filem ni dengan hati yang terbuka dan sedia menerima segala kritikan yang disampaikan oleh pengarah melalui filem ni sama ada secara tersurat ataupun tersirat. Tapi aku nak ulas tentang nilai kasih sayang je dulu. Nilai kasih sayang. Percaya cakap aku, kasih sayang tu tak cukup sekadar kau kata sayang pada dia, tapi tiada bukti. Tapi sikap setiap orang ni berbeza. Ada yang memang sayang, tapi tak tahu nak tunjuk. Contoh dalam filem ni, Jaafar

Pilihan Hati

Andai sesaat kau mampu menyayanginya, apakah kau yakin sesaat kemudian engkau tidak akan membencinya? Apakah kau yakin andai kau memilikinya engkau akan terus mencintai dia? Kau harus yakin pada satu perkara. Tiada yang indah saat perasaan itu tidak berlandaskan agama; dan hati manusia tiada akan teguhnya. Sentiasa berbolak-balik pada sesuatu hal. Mohonlah pada Dia. Pemegang erat hati hamba-hambanya. Jangan kau persoalkan pada-Nya kenapa mesti dia? Kenapa bukan dia? Apakah kau tahu mana yang terbaik untuk mu kelak? Siapakah engkau untuk menafikan takdir Dia?     “Saat doaku dikabulkan aku bersyukur kerana itulah keinginanku. Dan saat doaku tidak dikabulkan aku lebih bersyukur kerana itulah keinginan Allah” (Sayyidina Ali bin Abi Thalib) “Bole jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al BAqarah: 216)

Cebisan Kenangan

Kita tidak pernah mengharapkan untuk menyayangi insan yang salah. Kita juga tidak pernah mengharap untuk berubah hati pada insan lain, sedangkan ada seseorang yang sememangnya sedia menerima seadanya kita. *** Dalam sesaat, kenangan mampu terukir indah. Menjadi warna-warna kehidupan dalam setiap coretan hikayat kita. Kenangan yang sentiasa hidup dalam nadi, membuatkan kita rasa terjerat dengan realiti yang terpaksa kita hadapi. Kadang diri merasa, dengan membuang segala nilai sentimental, kita mampu melupakan dia. Tetapi, jika kita lemparkannya waima ke lautan terdalam sekalipun, kenangan akan tetap menular ke dalam mimpi; menjadi bayang disaat terjaga nanti. Apa kau sangka dengan membuang segalanya, kenangan juga turut terpadam? Untuk melepaskan segala kenangan itu, kau juga harus bersakit menahan rasa - rindu atau dendam. Tabahlah dalam cuba melupakan. “Kami uji kamu dengan sesuatu yang disenangi dan yang dibenci oleh kamu, agar Kami melihat bagaimana kesabaran d

Janji Yang Tak Tertunai

Aku pernah janj, "Atok, nanti kalau yan ada kereta, yan nak bawa Atok jalan-jalan. Bawa Atok makan sedap-sedap." Memandangkan masa tu aku masih sekolah lagi. Janji tu aku simpan dulu. Sampailah aku habis tingkatan 6 tahun 2014.  *Atok aku memang panggil aku Yan. 2015 berlalu tanpa terasa. Waktu ni aku dah kerja sambil tunggu panggilan. Bila dapat tawaran drpd UPSI. Aku dah suka macam apa dah. Siap aku dah bajet, habis belajar lagi 5 tahun . Kalau dapat kerja terus dah boleh riki kereta ni. Haha. Tak matang sungguh masa tu. Akal tak jauh. Zaman la ni ingat senang ke habis je grade terus dapat kerja. Tapi bukan rezeki, aku tak lepas masa ujian medSi. So aku teruskan dengan kerja aku yang sedia ada. Masa tu aku kerja kilang je. Aku ada intervw untuk kerja pelatih pegawai amanah lepas tu. Aku dah siap pergi induksi lagi masa tu kat Taiping, Perak. Tinggal lapor diri seminggu lepas tu kat Seremban, tapi aku tolak. Sebab pada aku kerja tu risiko dia tinggi seb