Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018
Jangan terpedaya dengan muda, sebab mati tak syarat tua.
Jangan terpedaya dengan sihat, sebab mati tak syarat sakit.

Sahabatku Sang Ratu

Kawan? Sahabat? Entah. Aku tidak punya ramai sahabat. Hitungan jari jemari aku lebih banyak jika dibandingkan dengan jumlah sahabat yang aku ada. Hakikatnya semakin diri menginjak usia, semakin sedikit sahabat yang kita ada. Dalam yang sedikit itulah, ada keistimewaannya. Ada seorang kawan aku tu, aku panggil dia Sang Ratu. *Obviously aku ni peminat watak-watak dalam kisah Laksamana Sunan. Haha. Kawan aku tu bukanlah sejahat Sang Ratu ketika dia dibawah kekuasaan Maharani. Tak ada lah pula kerja dia dok sibuk mai satu perkampungan untuk membunuh. Apatah lagi memperbesarkan Tahjud. Kawan aku tu juga bukanlah seoarang srikandi menentang segala bagai kejahatan dunia kegelapan seperti selepas Sang Ratu kembali kepada fitrah. Jadi, kenapa aku bagi dia nickname ‘Sang Ratu’? Dan kenapa tiba-tiba aku nak menulis tentang dia? Sebab aku baru lepas mimpikan dia semalam. Rindu kot. Hahaha... Kisah ni aku ceritakan semula setelah lima tahun berlalu. Fuhhh... tak terasa macam tu punya l

CINTA DENGAN MENGENALI AKHLAK RASULULLAH ﷺ

١ . Baginda selalu diam. ٢ . Berbicara ketika perlu. ٣ . Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat . ٤ . Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. ٥ . Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab   الله swt). ٦ . Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’. ٧ . Berfikir terus-menerus. ٨ . Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. ٩ . Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya. ١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia. ١١ . Marah bukan kerana nafsu. ١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. ١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. ١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. ١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas. ١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar. ١٧ . Tidak pernah