Singkatannya PKS. Pada aku, PKS ni sangat memberi manfaat dan pengalaman
yang banyak pada murid. Satu platform yang sangat sempurna untuk sesiapa yang
ingin menunjukkan kebolehan mahupun mencari keyakinan diri. Mesti ada yang
tertanya, apa benda PKS ni. PKS ni sebenarnya satu kelab yang mana murid akan
menjalankan beberapa pakej pelancongan, dan program ni ada jalinan bersama
Angkasa. Boleh dikatakan hampir 90% adalah hasil kerja murid tu sendiri
disamping bantuan oleh guru-guru kelab tersebut.
Niat asal menulis
tentang kelab ini adalah kerana aku salah seorang murid yang terlibat dengan
kelab ini di SMK Pekan Baru Muar dari tahun 2013-2014. Dan perkara yang buat ia
menarik sebab aku adalah antara batch pertama saat penubuhan kelab ini. Ya, PKS
di SMK Pekan Baru Muar ditubuhkan pada tahun 2013. Masa tu aku tingkatan 6
rendah. Aku dan PKS kat sekolah ni sebenarnya ada kenangan secara peribadi.
Hanya tingkatan enam
sahaja aku di SMK Pekan Baru Muar ni. Dan masa aku daftar kat sekolah ni, aku
memang tak ada kenalan dari sekolah lama. Kiranya aku sebatang kara lah kat
sini. Huhu~ Jujur aku cakap, masa aku kat sekolah lama dulu, aku tak pernah ada
peluang untuk aktif dalam apa-apa bidang, dan cikgu-cikgu pun macam tak berapa
nak yakin untuk pilih aku ambil bahagian. Aku ni dulu asalnya, memang tak ada
keyakinan diri. Tak pandai nak buat keputusan sendiri. Banyak perkara aku lemah
bila melibatkan komunikasi dengan orang lain. Apatah lagi untuk mengaturkan
sesuatu majlis. Jadi, saat berubahnya
aku pada seorang aku yg sekarang ni banyak dipengaruhi oleh Kelab PKS ni.
Masa tu habis kelas
ekonomi. Cikgu Nazri ada buat pengumuman “Nanti petang ada perjumpaan untuk
tubuhkan kelab koperasi, siapa yang nak join tu boleh lah datang.” . Disebabkan
aku macam nampak peluang untuk tingkatkan taraf diri aku ni, aku join petang
tu. Sejak itu, aku bersungguh dalam kelab ni. Bayangkanlah kami masa tu tak ada
contoh dari senior, kami memang kosong. Tapi alhamdulillah, kami tetap berjaya
bagunkan kelab ni dengan sokongan dari guru-guru.
Dalam kelab ni baru aku
tahu apa kelebihan aku. Aku tak pernah sangka aku mampu berhujah depan orang
ramai. Boleh menguruskan kumpulan aku dengan baik. Dalam masa yang sama aku
belajar perkara baru contohnya macam buat kraf tangan. Dan aku tak pernah
sangka aku ada peluang untuk belajar bahasa isyarat. Korang tahu lagu Masihkan
Kau Ingat? Haa... lagu tu lah yang kami ubah mengunakan bahasa isyarat, dan
diajar oleh seorang cikgu pendidikan khas iaitu Cikgu Wan. Masa dalam kelab ni
jugak, aku belajar untuk berdikari dan usaha keras dalam menyempurnakan
tugasan. Kelab ini juga mengajar kau macam mana nak berkomunikasi dengan orang
luar yang akan berkerjasama dengan kau. Macam aku, aku kena cari tempat
penginapan pada tamu dan bahagian pendaftaran tamu. Bila kata pendaftaran, maka
kau kena ingat kau harus jadi seorang yang menepati waktu. Habis, tak kan tamu
yang tunggu kau? Dah tentu kau kena tunggu tamu. Ini yang membentuk personaliti
diri menjadi seorang yang berdisiplin.
Melalui kelab ni jugak
lah aku dapat pergi banyak tempat kat Malaysia ni. Antara tempat aku berpeluang
pergi melalui kelab ni, Lost word of Tambun, Rumah P. Ramlee, Carley Castle,
Taman Negara, Gunung Senyum, Taman Negara, Pantai Port Dickson, Bukit Bendera
dan banyak lagi. Banyak sangat sampai tak dapat nak senaraikan semuanya. Itu
baru dua tahun aku dalam PKS, dah banyak macam tu. Nampak tak macam mana kelab
ni cukup bermanfaat pada murid. Kalau nak harapkan kau sendiri yang pergi,
hmmm... Tak dapat lah. Tapi, pergi melancong ni pun bukan saja-saja makan
angin. Kau akan dilatih menjadi host kepada tamu. Kau perlu cerita tentang tempat
yang kau nak bawa tamu ni pergi. Dekat sini, secara tak langsung kau akan cuba
dapatkan informasi tentang tempat tu dah hujah semula pada tamu. Ni yang akan
buat kau makin ada keyakinan diri untuk bercakap depan orang ramai.
Jadi, itulah serba
sedikit tentang kelab PKS SMK Pekan Baru Muar yang pernah aku join suatu ketika
dulu. Sebenarnya banyak lagi nak cerita. Hahaha~ walau apa pun, terima kasih
tak terhingga pada Guru PKS yang sudi terima aku dan percaya pada aku sewaktu
dalam kelab ni. Terima kasih pada Cikgu Nazri, Cikgu Wan, Cikgu Sabariah, Cikgu
Huda dan Cikgu Yati. Huhhh.. sedih kot bila tak dapat join aktiviti dorang
sekarang. Jujur, aku memang sayang pada kelab ni. Sebab sepanjang dalam kelab
ni, aku dan mereka yang lain pernah merasa bagaimana bila kelab ni pernah
diusulkan untuk dibubarkan dulu. Dan bagaimana perasaan gembira tu bila kelab
ni semakin maju dan telah banyak menerima pengiktirafan. Semoga kelab PKS SMK
Pekan Baru Muar terus cemerlang. Amin.
Majlis penghargaan dan
jasa mu dikenang. Aku sanggup ambil cuti semata untuk kelab ni. Hahaha~ Jangan
tanya mana satu aku. Yang pakai baju merah tu Cikgu Nazri. So good luck Cikgu. hee~ Good luck sebab cikgu ni nak sambung belajar lepas ni.
Ini lah muka-muka alumni PKS SMK Pekan Baru untuk batch pertama dulu. Muka semua tak semenggah betul. Haha~
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif : arena-domino.net
100% Memuaskan ^-^